Pages

Monday, October 24, 2011

syoknye time dulu-dulu

salam..

mmg lame betul aku x hapdate
mmg aku xde idea
mmg aku malas
mmg la..memey la..

aiyoo..

aku sebok bc blog org laen
blog sendirik x usik2 pun

ok kali ni aku update

nk cite betapa syoknye zaman dulu2

...........................................

dulu,
kalo nk g skola (time skola rendah la)
sume mak siapkan
mak gosokkan bj skola
sikatkan rambut
suapkan makanan
hantar smpi naik bus

bestnyeer..

dulu,
tiap tawun mst ada program gosok gigi kt skola
tiap kali program , mst abah belikan aku cawan baru ngn berus gigi baru

baru la semangat sket haha
bestnyee..


dulu,
kg nenek aku cntik
slaku balik kg
ada tangga, umah kg betul
ada kolah
ada parit siap ada ikan pelaga warna warni
umah papan, kalo men kejar2 bergegar2 lantai tu
tiap2 pagi ada kabus..rase sejibik cm kat kameren
bestnyee hihi


dulu,
brg2 sume murah hargenye
kuih sebijik 20 sen je..
karipap sebesar penumbuk tp murah & sedap
nasik lemak 50sen
air 20 sen
bestnyee..


dulu,
g skola agama nek beskal
siap racing2 ngn member2 sape smpi skola dulu
kalo xde beskal, pakat ramai2 jalan kaki je
lalu kt kebun org, redah semak samun
bestnye..


dulu,
ada jajan yg best2
ada gula2 kapas jual kt depan skola
aiskrem bunjut tu 1 sposen je..mcm2 perisa sedap!
bestnyee..

dulu ,
petang2 mst g main galah panjang.
xpun men baling selipar
xpun men baling tin
aku dulu tiap2 petang main
slagi x azan maghrib, x reti nk balik
bestnyee..sgt best..


dulu,
ada mesin yg boleh tikam2 tu
yg masukkan duit tu
pastu akan dapat mainan2 yg budus2
kalo naseb baek dpt la digimon tu
bestnye..

dulu kan ...bla bla bla
pastuh.. bla bla bla bla

best giler ..

time dulu plak bla bla bla bla
x cm skang bla bla bla bla

..............................
*ayat seterusnye terpakse dipotong kerana terlalu merepek*



time kacih sbb sudi baca.



Thursday, October 6, 2011

Sekadar Renungan Bersama

salam..

Ilmu Untuk Kaum Adam
Pesanan Buat Suami..


1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutam...a isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.


2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.


3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..


4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.


5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.


6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.


7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.


8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.


9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.


10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?


11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.


12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.


13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.


14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.


15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.


16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.


17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?


18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?


19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.


20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.


21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.


22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali


23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


Peringatan Untuk Semua Lelaki Muslim


*sifat manusia selalu dilihat terlalu complicated, baik lelaki mahupun pompuan*
renung2kan..dan selamat beramal.


Monday, October 3, 2011

Doa

Doa untuk memohon kesabaran




Maksudnya : " Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir" (Surah al-Baqarah : 250)



Selalu aku merasa tidak sabar
lekas marah
panas baran tak tentu pasal
tp bile dilanda perasaan sebegitu
aku cube lawan dgn membanyakkan zikir

nah, kali ni aku jumpe lak doa untuk mohon kesabaran
semoga kite semua boleh bersabar dan sentiasa mohon kepada Allah

semoga aku menjadi isteri yang sabar dalam melayari rumah tangga
semoga aku menjadi anak yang sabar dalam melayan kerenah orang tua
semoga aku menjadi sahabat yang sabar dalam berkawan
semoga aku menjadi pekerja yang sabar dalam kerenah harian di pejabat
dan semoga aku menjadi hamba Allah yang bersabar dalam menempuh dugaan kehidupan

amin..



Madah Berselirat

salam..


berat mata memandang,
berat lagi bahu yang memikul

......................................

bibir saja senyum
hati belum tentu

.........................................

bile ketawa semua org dengar
air mata mengalir xde sape tahu

.........................................

suara riang
hati gusar

........................................

di luar keras
di dalam ... lemah

..............................................

mulut menangis
hati menjerit

..........................................

tuah ayam nampak di kaki
tuah manusia sape yg tau

.................................................

di luar seribu senyuman
di dalam seribu kedukaan

.............................................

di mata terbayang
di hati .. terlalu rindu

......................................

walau pedih menusuk hati
penyesalan tiada sekali kali

...............................................